4/18/11

Aku Sayang Malaysia


1. Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan. sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^


2. Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan perpaduan saja yang dapat membantu kita melaksanakan segalanya untuk negara yang kita cinta ini dengan berkesan.


3. Sekarang, mungkin ramai di antara kita pasti bersedih dengan masalah masyarakat di negara tercinta kita ini yang kian menjadi-jadi. Tak habis-habis masalah timbul, dadah, pergaulan bebas, pelacuran, bunuh, curi, rasuah, penderaan dan bermacam-macam lagi yg kita dengar. ini menunjukkan betapa parahnya penyakit masyarakat kita sekarang. aku pasti, dengan menyimpan perasaan kecewa, sedih, marah saja, tanpa melakukan sesuatu, rasanya ia tak akan merubah apa-apa kecuali masa semakin senja.


4. Untuk merawat penyakit masyarakat sekarang, kita perlu kembali kepada asas, iaitu Islam. Sebenarnya kita bertuah disebabkan kita dilahirkan dlm agama yg pernuh kesempurnaan ini. kalau di ikut logik akal kita, apa yg terkandung di dalam islam. kita sudah pun menjadi satu bangsa yang kuat dan negara yang disegani. tetapi megapa ianya tidak belaku? saya percaya, ia di sebab kan masalah hubunggan kita dengan pencipta kita.. Bak kata dr Fadhilah Kamsah, " jangan cakap tentang hubunggan, perpaduan andara manusia jika hubunggan kita dengan Allah S.W.T kosong" ada benarnya kata-kata itu.


5. Aku juga percaya, semuanya masih belum terlambat. bagi aku, cara yg paling berkesah dalam memulakan usaha kita utk menjadi sebuah agama,bangsa, dan negara yg kuat dari segi rohani dan jasmani nya, kita perlu bermula dari bawah atau dari diri kita sendiri.. tiada gunanya juga kalau negara kita maju tetapi penghuninya boleh dikatakan hancur lebur dibakar kelalaian hidup di dunia ini.


6. bermula dari bawah, bermaksud bermula dari diri kita sendiri, diri aku sendiri dan diri anda sendiri. bukan bermula dari org lain. sebabnya, Allah takkan merubah seseorg itu melainkan dia merubah dirinya saja. kita hanya perlu melihat diri kita sekarang, adakah kita bersedia utk berubah ke arah yg lebih baik. dlm erti kata lain, kita tidaklah perlu terlalu mengkritik org lain ataupun sibuk berpolitik utk merubah masyarakat.


7. Aku beranggapan org lain tidak akan dapat merubah diri kita melainkan diri kita sendiri begitulah sebaliknya. jika kita mahukan negara kita aman, kita perlu terlebih dahulu mengamankan diri dan persekitaran kita. jika kita hendak negara kita bersatupadu, kita terlebih dahulu melakukannya pada diri kita dengan saudara-saudara terdekat. setelah kita berjaya mengendali diri kita dengan baik, secara tidak langsung kita dapat memimpin keluarga kita dengan baik. dengan tertubuhnya keluarga-keluargan yg harmoni sudah pastilah masyarakat menjadi harmoni, perpaduan menjadi kuat, dan apabila masyarakat menjadi kuat, negara kita akan hebat, agama ISLAM menjadi kuat dan tidak mudah di tindas seperti sekarang. Jadikan kesucian ISLAM sebagai guideline utk kehidupan kita..


artikel ini ditujukan kepada diri aku sendiri dan seluruh rakyat Malaysia.

Share

0 comments:

Popular Posts